Zuraida nafi wujud nepotisme, kronisme dalam PKR


Yasmin Ramlan

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin sebaliknya berkata individu itu layak menjawat jawatan yang disandang jika mereka mempunyai kredibiliti untuk menggalas tanggungjawab tersebut. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Julai, 2018.

KETUA Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menafikan wujudnya nepotisme dan kronisme dalam parti itu dalam menyandang sesuatu jawatan.

Beliau sebaliknya menjelaskan individu itu layak menjawat jawatan yang disandang jika mereka mempunyai kredibiliti untuk menggalas tanggungjawab tersebut.

“Saya tak tau apa maksud nepotisme, kronisme because sometimes you can’t help it. Sebab kalau parents you politicians, the people that they groom must be the children first. Is that nepotism (Jika mak ayah kamu ahli politik, orang yang mereka bentuk mestilah anak sendiri dulu. Adakah itu nepotisme?)?

“Yang penting, selagi kita buat kerja secara profesional, kita menilai orang dengan cara telus, tidak menganiayai orang dan kita berlaku adil, tak kisah sama ada wujud pertalian darah atau tidak,” katanya kepada pemberita selepas bermesyuarat dengan penduduk dan pemaju di Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia di Bukit Jalil hari ini.

Terdahulu hari ini, portal FMT melaporkan PKR Selangor kini sedang berkecamuk selepas dua pemimpin PKR negeri itu meletak jawatan berikutan wujudnya kronisme dalam parti.

Mereka adalah Setiausaha Pemuda PKR Selangor Syed Badli Shah Syed Osman dan ketua Pemuda PKR Sabak Bernam Abdul Mutalib Ahmad dengan “2 kem” dalam parti itu, iaitu kem naib presiden, Rafizi Ramli dan kem Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali.

Isu utama yang mencetuskan rasa tidak puas hati itu ialah pelantikan ahli majlis tempatan di Selangor, dengan dakwaan hirarki parti diketepikan dan individu yang dilihat rapat dengan pemimpin tertentu dipiih. – 29 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen