GRADUAN perubatan daripada universiti di Rusia, Indonesia, India, Mesir dan Republik Chech menjadi penyumbang kepada 60 peratus keciciran plajar housemanship dalam negara, menurut data yang diperoleh daripada Institut Pulau Pinang.
Penganalisis kanan Dr Lim Chee Han berkata, majoriti pelajar tercicir adalah daripada institusi perubatan yang tersenarai dalam 339 institusi yang diiktiraf Majlis Perubatan Malaysia (MMC).
Antara universiti terbabit adalah Universiti Perubatan Negeri Pertama Moscow I.M. Sechenov (yang sebeum ini dikenali sebagai Akademi Perubatan Moscoe I.M. Sechenov) dan Universiti Penyelidikan Perubatan Kebangsaan Rusia (sebelum ini dikenali dengan Universiti Perubatan Negeri Rusia); Universitas Padjadjaran Indonesia, Universitas Bandung dan Sumatera Utara (USU), Medan; Sekolah Perubatan Antarabangsa MSU- Kampus Bangalore di India; Universiti Alexandria dan Universiti Mansoura, Mesir; Universiti Charles Reoublik Czech di Prague.
Itu hanya untuk pelajar yang tercicir. Lim berkata terdapat juga pelajar yang terpaksa melanjutkan pengajian program housemanship berikutan masalah disiplin dan ketidakcekapan.
“Bahasa juga menjadi satu faktor tetapi ia bukan isu utama..
“Terma perubatan yang digunakan dan jargon perubatan mungkin berbeza dengan apa yang mereka pelajari,” katanya selepas sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau juga berkata bahawa Universiti Perubatan Negeri Crimea Ukraine menyumbang sejumlah besar pelajar tercicir sebelum tahun 2011. Pada tahun-tahun berikutnya, jumlah itu menurun, mungkin disebabkan oleh penyenaraian universiti pada tahun 2013.
Sementara itu Lim berkata Kementerian Kesihatan sedang meneliti isu yang dihadapi oleh beberapa institusi perubatan luar negara dalam usaha untuk memahami situasi berkenaan kualiti pengajaran dan latihan kemahiran, sekiranya mereka serius untuk menangani masalah keciciran dan lanjutan.
Situasi menjadi lebih kritikal apabila kita menganggap ramai pelajar mungkin menerima biasiswa yang ditaja agensi kerajaan menggunakan dana pembayar cukai,” katanya.
Pada masa ini, terdapat sangkutan yang signifikan pada taraf housemanship yang memerlukan perhatian.
“Jumlah pelajar yang menyertai program housemanship semakin bertambah namun jumlah yang berjaya menamatkan pengajian membimbangkan,” katanya merujuk kepada angka 2014 yang diperoleh institut itu.
“Ia bakal menjadi lebih teruk sekiranya kementerian terbabit gagal memberi perhatian kepada isu ini,” katanya. – 21 Julai, 2017.
Komen