Aktivis Pulau Pinang sengaja wujudkan salah tafsir projek lebuh raya, dakwa ketua menteri 


Looi Sue-Chern

Gambaran pembinaan lebuh raya di Pulau Pinang oleh aktivis yang membantah projek berkenaan sebagaimana yang didakwa leh Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Julai, 2018

KERAJAAN negeri Pulau Pinang hari ini berkata kumpulan persatuan hak asasi manusia yang membantah cadangan Pan Island Link 1 (PIL1) sengaja mewujudkan gambaran salah terhadap pembangunan itu bagi menambah lagi bantahan terhadap projek lebuh raya berkenaan.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata berlaku gambaran yang salah terhadap PIL 1, dengan visual dan perincian yang tidak tepat digunakan untuk “memprovokasi sentimen negatif dalam kalangan masyarakat”.

Chow merujuk kepada gambar yang dibuat kumpulan aktivis itu menggambarkan jambatan kabel 250 meter yang dicadangkan dibina di Taman Belia, sebuah taman hijau yang penting di pulau berkenaan.

Katanya, penggunaan gambar yang diwujudkan untuk menunjukkan maklumat tidak tepat tentang projek itu dan mewujudkan perasaan cemas masyarakat, tidak boleh diterima.

Chow merujuk kepada imej yang dihasilkan oleh aktivis terbabit yang memaparkan jambatan kabel yang panjangnya 250 meter yang dicadangkan di Taman Belia, kawasan hijau penting di pulau itu.

Katanya, penggunaan gambar itu memberi salah tafsir kepada projek berkenaan dan mewujudkan kebimbangan yang tidak diperlukan adalah tidak dapat diterima. 

“Kerajaan negeri ingin memaklumkan amalan sebegini adalah tidak sihat dan tidak wajar digalakkan, kerana ia akan membawa kepada persepsi negatif dalam kalangan masyarakat umum,” kata Chow dalam satu kenyataan hari ini. 

“Kami ingin mengambil peluang ini untuk menggesa masyarakat agar tidak terpengaruh dengan maklumat yang dikongsikan di media sosial dan portal berita atau blog.”– 26 Julai, 2018

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen