Naib canselor adalah 'ahli politik', perlu diganti, kata profesor


Andrew Chin

Profesor Syed Farid Alatas dari Universiti Kebangsaan Singapura berkata perubahan dalam pentadbiran sangat penting untuk melahirkan institusi pengajian tinggi yang lebih baik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Julai, 2018.

KEBEBASAN akademik hanya akan berlaku jika universiti mengganti Naib Canselor mereka dan memecat pegawai lantikan politik, kata seorang profesor dari Universiti Kebangsaan Singapura.

Profesor Syed Farid Alatas yang menjadi panel pada majlis dialog “Education: Visions For a New Malaysia” di Projek Dialog berkata perubahan dalam pentadbiran sangat penting untuk melahirkan institusi pengajian tinggi yang lebih baik.

“Mengurus universiti tak susah, tetapi naib canselor kita bukan ahli akademik yang tepat. Mereka adalah ahli politik.”

Beliau berkata universiti tidak boleh melantik pentadbir berdasarkan bangsa.

“Kenapa kita tak boleh ada naib canselor bukan Melayu? Ini tak masuk akal.”

Sebelum itu beliau berkata budaya yang sedia ada telah menyebabkan tidak ramai orang mahu menyuarakan pendapat mereka.

“Orang bersembunyi di belakang sekatan luar kerana mereka tak mahu suarakan pendapat mereka, dan disebabkan hal ini, standard universiti di sini sangat rendah.”

Universiti-universiti Malaysia baru-baru ini menunjukkan peningkatan dalam ranking antarabangsa. Universiti Malaysia misalnya berada di tempat 100 teratas dalam rangking universiti antarabangsa Quacquarelli Symonds.

Bagaimanapun, ahli panel di Projek Dialog itu berkata insititusi pengajian tinggi tempatan gagal mempromosi pemikiran kritikal dan aktivisme, yang menurutnya perlu diberi galakan.

Syed Farid tetap yakin bahawa pembaharuan dalam pentadbiran universiti mampu mengubah keadaan.

“Kalau kita ganti naib canselor, semuanya akan menjadi lebih jelas.” – 25 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen