KJ minta Pakatan mungkiri janji GST, PTPTN


Looi Sue-Chern

Khairy Jamaluddin menggesa kerajaan memungkiri janji berhubung pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan penangguhan pembayaran semula hutang PTPTN bagi peminjam bergaji bawah RM4,000 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).– Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Julai, 2018.

KHAIRY Jamaluddin menggesa kerajaan memungkiri janji berhubung pemansuhan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan penangguhan pembayaran semula hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi peminjam bergaji bawah RM4,000.

Menurut beliau kedua-dua dasar tersebut akan memudaratkan kewangan negara.

Khairy berkata memandangkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pernah berkata yang manifesto Pakatan Harapan hanya panduan dan bukan “kitab suci”, maka beberapa janji manifesto boleh dimungkiri.

Ahli Parlimen Rembau berkata, kerajaan patut kekalkan GST, tetapi mengenakan kadar lebih rendah daripada 6%.

Beliau berkata kerajaan harus meneliti semula janji manifesto secara rasional, daripada membuat langkah populis yang akan memudaratkan kewangan dan ekonomi negara.

“Saya mohon kerajaan buat perkara yang betul,” katanya ketika berucap pada sesi perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Khairy, berkata kadar sifar GST tidak memberi kesan kepada harga barangan.

Beliau berkata Menteri Kewangan Lim Guan Eng sendiri mengakui yang GST merupakan sistem percukaian yang lebih efisyen dan telus berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan semula pada 1 September.– 25 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen