KETIKA Barisan Nasional (BN) memegang kuasa, skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak boleh dibahas dalam Dewan Rakyat.
Pada sidang Dewan ketika itu, soalan-soalan daripada ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) ditolak dan dihalang oleh bekas speaker Pandikar Amin Mulia.
Alasan Pandikar masa itu ialah ia akan membawa kepada subjudis dan akan mempengaruhi kes-kes mahkamah kerana Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat telah memfailkan saman sivil terhadap 1MDB.
Sekarang, dengan kerajan baharu, isu 1MDB sering dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen PH dalam sidang Dewan Rakyat.
Hari ini, ahli Parlimen pembangkang, Ismail Said (BN-Kuala Krau) meminta Speaker Mohamad Ariff Md Yusof membuat keputusan sama ada isu 1MDB boleh dibangkitkan semasa perbahasan.
Beliau turut memetik Peraturan Mesyuarat 36(2) yang menyatakan bahawa ahli Parlimen “Tidak boleh disebutkan apa-apa perkara yang sedang dalam timbangan mahkamah sekira-kira pada timbangan Pengerusi harus merosakkan kepentingan-kepentingan pihak yang berbicara itu”.
“Adakah peraturan mesyuarat ini diguna pakai di mahkamah, dalam negara dan antarabangsa?” – 25 Julai, 2018.
Komen