Ahli Parlimen Pulau Pinang kecam akhbar Inggeris siar berita tidak adil


Looi Sue-Chern

SEORANG ahli Parlimen DAP dari Pulau Pinang mendakwa artikel pada muka depan akhbar berbahasa Inggeris hari ini mengenai anggota Dewan Rakyat tidak hadir sebagai tidak adil.

RSN Rayer (PH-Jelutong) memberitahu Dewan laporan itu tidak adil kepada ahli Parlimen yang masih berada di Parlimen.

“Laporan itu memberi gambaran yang kami pulang ke rumah selepas makan tengahari. Tetapi kami masih di Parlimen. Kami menghadiri mesyuarat,” katanya kepada Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof.

“Ada di antara kami berada di Dewan sehingga pukul 9 malam tadi, membahaskan banyak isu. Tetapi ini adalah laporan oleh The Star,” katanya sambil memegang akhbar itu.

Rayer juga menegaskan akhbar itu dimiliki oleh MCA parti komponen Barisan Nasional.

“Adakah ini untuk mendapatkan publisiti murahan? Ia sangat tidak adil kepada ahli Parlimen. Orang di kawasan saya bertanya ke mana saya pergi.

Penyokong pembangkang Dr Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berkata loceng terpaksa dipanjangkan selama dua minit kerana tidak cukup ahli Parlimen di Dewan selepas makan tengah hari semalam untuk menyambung semula persidangan.

Beliau berkata Rayer sendiri tidak kembali ke Dewan ketika setiausaha mengira kehadiran.

Peraturan Tetap Dewan 13 menyatakan perlu ada sekurang-kurangnya 26 ahli Parlimen untuk mencukupkan korum.

Ariff berkata, Dewan mengambil maklum balas terhadap Rayer dan meminta pihak media memahami.

“Terdapat isu semalam selepas makan tengah hari tetapi ia bukan perkara besar. Kelewatan itu sangat singkat, hanya enam minit,” katanya.

Beberapa penyokong BN memainkan isu ketidakhadiran yang tinggi di Dewan Rakyat.

Pada Isnin, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sendiri berkata beliau tidak berpuas hati dengan rekod kehadiran menteri dan timbalan mereka. – 25 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen