TIDAK seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kedai makanan adalah salah satu perkara yang sepatutnya dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Tetapi berpandukan garis panduan cadangan SST, ia mungkin tidak akan berlaku, kata Presiden Perusahaan Kecil dan Sederhana Michael Kang.
“Ada restoran dan pusat penjaja yang dapat lebih RM500,000 setahun. Dan di bawah peraturan baharu SST, mereka mungkin terpaksa kenakan cukai perkhidmatan 6%,” kata Kang tanpa memberikan butiran terperinci apakah jenis restoran yang jatuh di bawah kategori itu.
Tetapi difahamkan ia termasuklah beberapa restoran makanan segera seperti McDonalds, KFC dan Burger King dan beberapa rangkaian tempatan seperti Old Town White Coffe dan Secret Recipe.
Beberapa restoran India Muslim serta pusat penjaja juga mungkin mengenakan SST.
Peraturan asasnya, jika restoran itu pernah mengenakan GST, berkemungkinan besar ia juga akan mengenakan SST pada 1 September, kata Kang.
Kedai ini dahulunya mengenakan GST 6% kerana jualan tahunan mereka lebih RM500,000. SST menggunakan had jualan yang sama- RM500,000.
Menurut Jabatan Kastam, restoran termasuk dalam senarai pembekal perkhidmatan yang perlu mengenakan SST.
Perkhidmatan lain yang akan mengenakan SST termasuklah televisyen kabel, perkhidmatan telefon bimbit, baiki kenderaan, hotel dan insuran.
Selain 6% untuk perkhidmatan, kadar SST juga wujud pada kadar 5% dan 10% dikenakan ke atas pengeluar dan pengimport barangan tertentu.
Kerajaan berkata hanya 68,000 peniaga akan dikenakan SST berbanding 400,000 yang dicukai GST.
Kang berkata masih tidak jelas sama ada pengeluar makanan diproses akan dikenakan SST.
Ini disebabkan SST dikenakan kepada pengeluar tetapi hampir semua makanan segara dan diproses dianggap dikecualikan SST.
“Ambil bebola ikan misalnya. Ikan dikecualikan tetapi apa jadi sekiranya anda pengeluar bebola ikan?”
Kang menjangkakan kerajaan akan mengutip lebih banyak berbanding sasaran RM21 bilion menerusi SST kerana had RM500,000 yang diletakkan ke atas pembekal perkhidmatan.
“Kami jangka kutipan SST cecah RM30 bilion. Dalam SST lama, ada had yang berbeza dan sebilangan pembekal perkhidmatan tak dikenakan SST. Tetapi SST baharu ini berbeza dan kesannya lebih luas.” – 25 Julai, 2018.
Komen