Ketua menteri Pulau Pinang bawa pelan induk pengangkutan di Dewan Rakyat


Looi Sue-Chern

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata dana diperlukan bagi memulakan dua komponen utama PTMP. – Gambar Youtube, 24 Julai, 2018

PULAU Pinang menerusi ketua menterinya hari ini, meminta kelulusan kerajaan persekutuan berhubung Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

Chow Kon Yeow (PH-Tanjong), yang juga ketua menteri Pulau Pinang, mengetengahkan pelan induk itu dalam ucapannya di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam usul menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini, beliau membangkitkan niat negeri itu untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada Putrajaya bagi memulakan dua komponen utama PTMP.

Chow berkata, beliau “dengan rendah diri” meminta kelulusan bagi bantuan dana serta sokongan dan kerjasama daripada kerajaan persekutuan dalam membangunkan pelan untuk rangkaian pengangkutan awam integrasi bagi meningkatkan hubungan dan akses di Pulau Pinang. 

Katanya, pelan induk itu akan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas serta memberi kemudahan pada masa depan untuk pembangunan ekonomi. 

“Walaupun umum mengetahui kerajaan persekutuan berdepan dengan kekangan kewangan berikutan beban hutang yang tinggi, kerajaan negeri mahu mendapatkan pinjaman sebanyak RM1 bilion untuk membiayai pembinaan dua komponen utama PTMP.”

Dua komponen berkenaan adalah Transit Aliran Ringan (LRT) yang menghubungkan George Town ke Bayan Lepas dan lebuh raya Link 1 Pulau Pinang dari Persiaran Gurney ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas. 

Pada Ahad, ketika taklimat berhubung PTMP kepada wakil rakyat negeri itu, Chow berkata, pinjaman itu akan membolehkan dua projek berkenaan dijalankan serentak berbanding berasingan. 

Bagaimanapun katanya, adalah lebih penting untuk mendapatkan kelulusan bagi kedua-dua projek berkenaan. – 24 Julai, 2018

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen