Tindakan keras hanya pada pekerja asing langgar kontrak, tiada permit


Kamles Kumar

Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran berkata ramai pekerja asing mahu bertukar majikan dan melanjutkan tempoh tinggal mereka di negara ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Julai, 2018.

TINDAKAN keras terhadap pekerja warga asing hanya disasarkan kepada mereka yang melanggar kontrak, atau tidak ada dokumen dan bekerja secara haram di negara ini, kata Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran.

“Masalah besar kita bukan tentang kerajaan tidak membenarkan kemasukan pekerja asing, tetapi ramai pekerja asing tidak bekerja untuk majikan yang sama dan melanjutkan tempoh mereka di sini.

“Mereka mahu berpindah ke bandar lain. Jadi penguatkuasaan perlu dilakukan,” katanya kepada The Malaysian Insight ketika ditemui di Parlimen hari ini.

“Contohnya, pekerja ladang masuk dengan levi rendah, tetapi mahu ke bandar dengan levi perniagaan. Apa yang boleh kita buat? Inilah masalahnya.”

Kumpulan hak asasi manusia baru-baru ini mengkritik tindakan keras kerajaan terhadap pekerja warga asing sementara majikan merungut produktiviti tertangguh kerana kekurangan tenaga kerja secara tiba-tiba.

Ahli politik dan aktivis menggesa penangguhan sementara terhadap tindakan yang dinamakan Ops Mega 3.0 itu, mendakwa pekerja asing berdokumen sah juga dikacau oleh pihak berkuasa. – 24 Julai, 2018.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen