Keluarga mangsa MH370 cabar klasifikasi dokumen di bawah OSA 


Bede Hong

Keluarga mangsa MH370 cabar keputusan kerajaan mengklasifikasikan dokumen berkaitan pesawat itu di bawah OSA. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Julai, 2018

LIMA ahli keluarga mangsa MH370 memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Putrajaya yang mengklasifikasikan semua dokumen berkaitan pesawat yang hilang itu di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). 

Empat warga Malaysia, termasuk dua kanak-kanak dan seorang warga Taiwan memfailkan tuntutan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. 

Keluarga terbabit mahu mendapatkan deklasifikasi rakaman dan transkrip komunikasi dengan pesawat MH370; Surat Perjanjian prosedur ruang udara antara Singapura, Thailand dan Indonesia; minit mesyuarat yang diadakan dengan agensi berkaitan; memo dalaman dan laporan operasi Mencari dan Menyelamat (SAR); laporan insiden operasi SAR dan laporan post mortem.

Semakan kehakiman ini adalah berkaitan tuntutan yang difailkan oleh keluarga mangsa terhadap MAS, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia dan kerajaan Malaysia kerana gagal menjalankan tugas untuk memastikan keselamatan pemindahan pesawat dan kecuaian lain.

Kementerian Pengangkutan, ketua setiausaha kementerian dan kerajaan dinamakan sebagai responden dalam semakan kehakiman, yang dibawa ke mahkamah untuk mengisytiharkan bahawa dokumen berkenaan tidak sepatutnya diklasifikasikan dibawah Seksyen 2A Akta Rahsia Rasmi 1972.

Permohonan itu, yang dilihat oleh The Malaysian Insight difailkan pagi ini oleh peguam keluarga terbabit Sangeet Kaur Deo.

Peguam Ngeow Chow Ting dan Tan Chee Kian turut mewakili keluarga Tan Ah Meng, isterinya Chuang Hsiu Ling dan anak sulungnya, Tan Wei Chew yang merupakan antara 239 penumpang dan anak kapal pesawat dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014.

Dua kanak-kanak itu, ibu bapa Ah Meng, Tan Hun Khong dan Lai Chew Lai, dan bapa Chuang yang merupakan warga Taiwan, Hung Chien, memfailkan saman kecuaian terhadap kerajaan pada Ogos 2015.

Dalam surat kepada Kementerian Pengangkutan pada 7 Jun, yang dilihat oleh The Malaysian Insight, peguam merayu untuk deklasifikasi bahan untuk penemuan mahkamah.

Peguam dari Jabatan Peguam Negara, mewakili kerajaan sebelum ini memaklumkan kepada plaintif, Ketua Pengarah DCA Azharuddin Abdul Rahman berkata beliau tidak boleh memberikan dokumen berkenaan kerana ia tertakluk di bawah OSA.

Dalam tuntutan mereka terhadap MAS dan kerajaan, plantif menuntut pemohonan maaf secara terbuka, ganti rugi dan pelepasan lain.

Kerajaan berkata, ia akan memuktamadkan dan menyiarkan laporan akhir berhubung kerjasama pencarian pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 pada Julai.

Pencarian selama empat tahun itu, yang melibatkan organisasi penyiasatan dari tujuh negara, melibatkan kos kepada Malaysia sebanyak RM500 juta. – 24 Julai, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen