SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memilih pengarah terkenal tempatan, Ghaz Abu Bakar untuk membikin drama bersiri aksi bermesejkan anti rasuah.
Drama bersiri 13 episod itu bertajuk Banteras merupakan kerjasama antara SPRM dan syarikat produksi Fantasy Films Sdn Bhd.
“Ini adalah sebahagian daripada usaha SPRM dalam gerakan revolusi anti rasuah SPRM,” kata Ketua Pesuruhjayanya Dzulkifli Ahmad kepada media selepas majlis pelancaran drama itu di Cyberjaya hari ini.
Turut hadir merasmikan acara tersebut ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Salleh Said Keruak dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Azam Baki.
Menurut Zulkifli drama arahan pengarah yang terkenal dengan filem kutipan cecah panggung, J Revolusi itu bakal disiarkan di saluran TV1, RTM ditayangkan tahun ini.
“Seperti yang saya katakan ini merupakan aktiviti yang kita jalankan dan akan ada aktiviti di bawah gerakan revolusi anti rasuah.”
Beliau berkata drama yang akan dibarisi pelakon tempatan akan berdasarkan inspirasi kisah benar siri tangkapan SPRM berhubung isu anti rasuah.
Bagaimanapun SPRM enggan mendedahkan kos pembikanan drama tersebut. – 20 Julai, 2017.
Komen