Kerajaan akan bentang Akta Kebencian Agama dan Kaum


Looi Sue-Chern

KERAJAAN Pakatan Harapan akan membentangkan Akta Kebencian Agama dan Kaum tidak lama lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Akta baru itu akan membolehkan tindakan diambil terhadap semua perlakuan yang menghina bukan sahaja Islam, tetapi semua agama dan kaum di negara ini, beliau memberitahu Dewan Rakyat hari ini.

“Negara ini mempunyai banyak kaum dan agama, dan semuanya tidak boleh dihina.”

Mujahid (Parit Buntar-PH) berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Ismail Mohamed Said (Kuala Krau-BN) mengenai rancangan kerajaan berkaitan penghinaan terhadap Islam, Tuhan dan nabi di media sosial.

Menteri itu juga berkata kerajaan masih belum menerima sebarang laporan rasmi dari pihak polis mengenai dakwaan penghinaan terhadap Islam. – 24 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • memang bagus sangat akta ni dibentangkan.. negara kita berbilang kaum banyak jenis agama ada.. nak jamin negara sentiasa aman sama2 kena hormat antar satu sama lain dan jaga sensitivity masing2

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Alisya sofea · Ulasan