WALAUPUN tindakan agresif kerajaan terhadap pendatang asing tanpa izin, masalah buruh asing tanpa dokumen dijangka akan berterusan dalam suatu jangka masa kerana Malaysia masih menjadi destinasi mudah dengan peluang pekerjaan yang cukup.
Pekerja asing yang ditemui The Malaysian Insight percaya, usaha yang dijalankan pihak Imigresen akan menyebabkan kebanyakan mereka kurang menonjol buat sementara waktu, namun ia tidak dapat menghalang warga asing daripada memasuki Malaysia untuk bekerja.
“Mereka semakin tegas. Tetapi mereka (pekerja asing) yang mahu masuk ke negara ini akan mencari jalan lain. Terdapat peluang pekerjaan di sini dan ada orang yang akan menawarkan untuk membawa mereka masuk ke sini,” kata Ahmad, pekerja dari India, yang berada di Jalan Petaling pada Ahad.
Ahmad merupakan pekerja yang memiliki dokumen sah di bawah program pengampunan 6P, iaitu inisiatif Kementerian Dalam Negeri yang bermula pada 2011 yang akan mengesahkan seramai dua juta pekerja haram warga asing.
Terdapat kira-kira 1.85 juta pekerja warga asing yag memiliki dokumen sah di Malaysia, kebanyakannya dari Bangladesh dan Indonesia, menurut kementerian berkenaan.
Anggaran pekerja tapa dokumen sah adalah berbeza daripada anggaran kerajaan sebanyak 600,000 kepada sebanyak dua juta orang menurut anggaran oleh segelintir persatuan perniagaan dan NGO.
Sesetengah daripadanya melarikan diri daripada penindasan seperti Rohingya dari Myanmar, namun masih belum disahkan sebagai pelarian kerana Malaysia tidak menandatangani Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap Pelarian dan Hak Asasi Pendatang.
Maria, 45 warga Filipina yang menjalankan perkhidmatan pembersihan kediaman, percaya masalah itu datang daripada penyeludup yang berkhidmat untuk memenuhi permintaan buruh kos rendah.
“Hanya warga asing yang bekerja keras. Mereka (pihak berkuasa) menyasarkan orang yang salah,” katanya yang ditemui ketika membeli belah di Kompleks Kotaraya pada Ahad, sebuah pusat membeli belah yang popular dalam kalangan pekerja asing di ibu negara.
Beliau turut menyifatkan tindakan kerajaan terhadap pekerja asing agak keras.
“Terdapat serbuan dijalankan di sini pada 1 Julai lalu dan ramai yang tidak bersalah ditangkap,” katanya.
“Mereka menggunakan gari terhadap mereka dan tangan mereka cedera. Mereka tidak melakukan kesalahan. Mereka memiliki permit yang sah. Tidak baik untuk melayan orang seperti penjenayah.”
Jemma, 48 warga Filipina yang menguruskan gerai makanan di pusat membeli belah itu berkata, pihak berkuasa tidak konsisten dengan permintaan mereka.
“Sebelum ini, mereka terima salinan pasport mereka dan kad pengenalan (permit kerja). Namun pada operasi yang terbaru, mereka tidak terima. Mereka menangkap ramai pekerja yang ada permit.
“Saya sendiri hampir ditangkap tetapi saya katakan pasport asal saya berada di Ampang bersama suami. Pemilik perniagaan, mereka terpaksa pergi ke Putrajaya untuk membebaskan pekerja mereka.”
Pada awal bulan ini, Jabatan Imigresen menahan 1,224 pendatang tanpa izin dalam 473 seruban yang dijalankan di seluruh negara melalui Ops Mega 3.0. Menurut jabatan berkenaan, sejumlah 117,448 pekerja tanpa permit dihantar pulang ke negara asal antara 1 Januari dan 1 Julai tahun ini melalui program penyerahan sukarela.
Jemma berkata, melainkan kerajaan menjalankan proses membawa masuk pekerja, masalah pekerja asing tanpa dokumen sah ini akan berterusan kerana warga asing yang terdesak sentiasa ada ejen haram.
“Malaysia memiliki peluang yang baik. Mereka (pekerja asing) akan membayar ejen RM9,000 untuk bekerja di sini. Adakalanya mereka ditipu. Adakalanya mereka (penyeludup) gunakan majikan hantu,” katanya. – 23 Julai, 2018
Komen