WALAUPUN bertanggungjawab atas kekalahan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 14 dan didakwa dengan skandal kewangan berbilion ringgit, Rosmah Mansor setia di samping suaminya dan menyifatkan beliau sebagai lelaki yang jujur.
Ketika ditanya media pada sambutan hari jadi Najib di Parlimen hari ini, tiada apa yang dikatakan Rosmah, hanya ucapan sayang terhadap beliau.
“Saya doakan yang terbaik kepadanya dan juga keluarga kami.
“Saya mahu kamu tahu yang seluruh keluarga sangat sayang kepadanya dan beliau lelaki yang sangat jujur dan berada di jalan yang benar,” katanya.
Najib yang usianya mencecah 65 tahun hari ini, nyata terkejut dengan kek hari jadi oleh sekumpulan penyokongnya.
Awal bulan lalu, Najib didakwa dengan tiga pertuduhan pecah amanah dan satu tuduhan penyalahgunaan kuasa.
Empat pertuduhan berkenaan, di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Kesemua tuduhan membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.
Tuduhan pertama adalah Najib didakwa menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan untuk menerima rasuah berjumlah RM42 juta antara 17 Ogos, 2011 dan Februari 2012. – 23 Julai, 2018
Komen