SEORANG ahli Parlimen DAP hari ini meminta satu siasatan penuh terhadap dakwaan mengenai kaitan bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi dengan sebuah syarikat Malaysia yang dinamakan dalam sindiket penipuan yang didakwa menipu pekerja Nepal.
Ahli Parlimen Batu Kawan P. Kasthuriraani berkata Kementerian Dalam Negeri perlu melancarkan siasatan penuh ke atas Bestinet Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Zahid dan Ultra Kirana Sdn Bhd yang didakwa menipu pekerja Nepal sehingga meraih RM185 juta (Rs5 bilion) sejak lima tahun lalu.
“Tidak ada yang lebih memalukan bagi seorang pemimpin negara dikaitkan dengan penipuan seperti ini, mengumpul sejumlah wang dan kemudian merompak golongan miskin untuk mengisi perut orang kaya,” katanya.
Kasthuriraani juga berkata sukar dipercayai bahawa bekas perdana menteri Najib Razak tidak tahu mengenai perbuatan kotor timbalannya, yang disifatkannya merompak pekerja miskin Nepal yang datang ke Malaysia.
Zahid yang merupakan menteri dalam negeri dalma pentadbiran Barisan Nasional dahulu, didakwa mempunyai kaitan dengan Bestinet menerusi abang iparnya, Amin Abdul Nor, seorang warga Bangladesh.
Portal Nepali Times melaporkan Bestinet bekerjasama dengan Persekutuan Profesional Kesihatan Nepal (NHPF) bagi menjalankan saringan biometrik dengan caj Rs4,500 (RM167) setiap pekerja Nepal selepas Putrajaya mewajibkan semua pekerja dari negara itu melakukan ujian biometrik pada Julai 2015.
Sedangkan, proses permohonan visa sebelum ini kosnya lebih rendah berbanding kos yang terpaksa dibayar pekerja untuk menggunakan khidmat syarikat swasta bagi memproses visa dan saringan biometrik. – 23 Julai, 2018.
Berita penuh di sini.
Komen
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Alisya sofea · Ulasan