Dr Mahathir ‘tabik’ penyumbang Tabung Harapan


Bede Hong

Walaupun jumlah kutipan Tabung Harapan masih jauh untuk mencapai RM1 trilion hutang negara, Dr Mahathir Mohamad masih mahu 'tabik' para penyumbang kerana sanggup 'berkorban' demi negara.– Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 22 Julai, 2018.

WALAUPUN jumlah kutipan Tabung Harapan masih jauh untuk mencapai RM1 trilion hutang negara, Dr Mahathir Mohamad masih mahu “tabik” para penyumbang kerana sanggup “berkorban” demi negara.

“Walaupun jumlahnya kecil jika dibandingkan dengan RM1 trilion hutang negara, apa yang penting adalah kesudian untuk berkorban kerana sayangkan negara kita. Demi negara ini, kita harus bersedia untuk berkorban,” katanya ketika berucap di hadapan 3,000 hadirin pada majlis makan malam kutipan derma yang dianjurkan Gabungan Persatuan Cina Klang di Idela Convention Center (IDCC) Shah Alam, malam ini.

“Kami tak minta rakyat berjuang dan terkorban demi negara. Tetapi pengorbanan anda sama seperti anda berjuang menuntut kebebasan tanah air ini.

“Ini negara kita, tanah tumpah darah kita. Kita dilahirkan di sini. Kita dibesarkan di sini, kita jadi peniaga dan rakyat negara ini dan oleh kerana itu, kita sayang akan negara ini.

“Dan melalui kehadiran hari ini yang begitu ramai dari Klang dan Selangor membuktikan bahawa rakyat bersedia untuk melakukan pengorbanan untuk memulihkan negara kita.”

Tabung Harapan mengumpul sebanyak RM156.2 juta setakat jam 3 petang hari ini, menurut Kementerian Kewangan. Gabungan persatuan tersebut menyumbang RM3 juta untuk tabung berkenaan.– 22 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen