KERAJAAN akan memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana ia zalim kepada suspek, di mana sesetengah daripada mereka ditemui maut ketika masih dalam tahanan, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.
Pemangku menteri dalam negeri itu berkata di bawah Sosma, suspek boleh ditangkap tanpa dibawa ke mahkamah.
“Dan jika orang itu mati dalam tahanan, tidak akan ada inkuiri, jadi jika orang yang ditahan dibunuh (semasa dalam tahanan), tidak akan ada tindakan terhadap orang yang melakukan pembunuhan.”
“Akta itu akan dimansuhkan,” katanya ketika berucap di hadapan 3,000 hadirin pada majlis makan malam kutipan derma yang dianjurkan Gabungan Persatuan Cina Klang di Idela Convention Center (IDCC) Shah Alam, malam ini.
Dr Mahathir berkata kerajaan Pakatan Harapan komited mengembalikan semula kedaulatan undang-undang yang dicabul oleh pentadbiran Najib Razak.
“Kita ada undang-undang dalam negara ini, dan ia akan dikuatkuasakan supaya rakyat tidak ditindas oleh kerajaan yang tidak peduli terhadap undang-undang.
“Ini penting kerana undang-undang digubal untuk melindungi rakyat. Tetapi semasa pentadbiran Najib, beliau abaikan undang-undang dan buat sesuka hati. Tetapi sekarang, kita mengembalikan kedaulatan undang-undang.”– 22 Julai, 2018.
Berita penuh di sini
Komen