Lokman akan main sentimen kaum, agama, kata Amirudin


Melati A. Jalil

Jentera pilihan raya Pakatan Harapan (PH) untuk Pilhan Raya Kecil Sungai Kandis perlu bersedia untuk berdepan sentimen perkauman dan agama yang akan dimainkan calon Barisan Nasional (BN) Lokman Noor Adam, kata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.– Gambar fail The Malaysian Insight, 22 Julai, 2018.

JENTERA pilihan raya Pakatan Harapan (PH) untuk Pilhan Raya Kecil Sungai Kandis perlu bersedia untuk berdepan sentimen perkauman dan agama yang akan dimainkan calon Barisan Nasional (BN) Lokman Noor Adam, kata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

Adun Sungai Tua itu berkata, ahli parti harus berusaha mengekang penyebaran naratif seumpama itu di kalangan pengundi kawasan tersebut.

“Isu apakah yang akan dijual Lokman Adam? Dia akan main sentimen kaum dan agama.

“Itu sebab apabila kita turun bertemu pengundi, kita perlu beritahu mereka (pengundi) yang isu agama, fitnah, isu yang tak wujud dan propaganda politik akan digunakan untuk memprovokasi kita,” katanya pada pelancaran bilik gerakan Pakatan Harapan untuk PRK Sungai Kandis di Kota Kemuning.

Beliau turut mengingatkan ahli parti supaya tidak sambil lewa mempertahankan kerusi Sungai Kandis, yang sebelum ini disandang arwah Shuhaimie Shafie selama tiga penggal.– 22 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen