Mekanisme royalti minyak masih dikaji, kata Dr Wan Azizah


Jason Santos

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima buku anti pornografi pada sebuah majlis di Tuaran, Sabah. Beliau berkata, mekanisme royalti minyak masih dikaji kerajaan. – Gambar The Malaysian Insight, 22 Julai, 2018.

MEKANISME pembayaran royalti minyak kepada negeri pengeluar akan diteliti dengan lebih lanjut, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini ketika timbul isu royalti berdasarkan keuntungan atau pengeluaran.

Katanya isu royalti minyak perlu ditangani dengan penuh teliti, tetapi menekankan yang kerajaan persekutuan Pakatan Harapan (PH) kekal komited dengan manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Antara janji manifesto adalah menaikkan royalti minyak Sabah dan Sarawak kepada 20% berbanding 5%.

“Kita perlu teliti perkara ini. Ia ada dalam manifesto kita.

“Kita juga perlu mempertimbangkan faktor yang boleh beri kesan kepada negara, sebelum kitab oleh penuhi.

“Tetapi kerajaan persekutuan kekal komited dengan manifesto PH. Kami tak buat janji kosong kerana kami sedang berfikir bagaimana untuk penuhinya,” katanya. – 22 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen