KETUA Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal membidas usaha terbaru ahli politik Filipina untuk menuntut Sabah.
Beliau menyifatkan tuntutan Ahli Jawatankuasa Perundingan Filipina, Aquilino Pimentel Jr untuk memasukkan Sabah sebagai negeri ke-13 negara itu sebagai tidak berasas.
Shafie berkata Pimentel menggunakan isu itu hanya untuk mendapatkan sokongan rakyat Filipina.
“Pilihan raya mungkin semakin hampir dan mereka guna isu ini untuk tarik penyokong. Ini hanya sebahagian politik Filipina.
“Bagaimanapun, saya tidak rasa ia bijak untuk ahli politik mereka berbuat demikian kerana kita semua adalah negara komponen Asean, justeru, perlu sensitif dalam isu-isu tertentu,” katanya.– 21 Julai, 2018.
Berita penuh di sini.
Komen