PRM datang kerana 'takut pula BN tak datang'


Chan Kok Leong

Penyokong Barisan Nasional di kawasan penamaan calon sempena PRK Sungai Kandis pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 21 Julai, 2018.

DUA wakil Parti Rakyat Malaysia (PRM) mengejutkan semua pihak apabila muncul di dewan penamaan calon untuk Pilihan Raya Kecil Sungai Kandis tetapi keluar 10 minit kemudian tanpa memfailkan penamaan calon.

Selepas berjumpa dengan dua calon- Zawawi Ahmad Mughni (PKR) dan Lokman Adam (BN)- dua wakil PRM itu mendekati dan duduk di meja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tetapi, kurang 10 minit kemudian, kedua-dua mereka meninggalkan dewan tanpa memfailkan penamanaan calon.

Salah seorang mereka yang dikenali sebagai Ahmad Kamaruddin menjelaskan mereka datang “takut pula BN tak datang”.

“PRM hanya mahu pastikan pertandingan dalam pilihan raya kecil. Pakatan (Harapan) tak boleh dibenarkan menang tanpa bertanding,” kata Ahmad yang berkata beliau juga bertanding di kerusi DUN Bukit Antarabangsa Mei lalu.

Memandangkan BN dan PH sudah memfailkan pencalonan mereka, PRM memutuskan untuk menarik diri supaya pertandingan satu lawan satu berlaku.

“Tetapi kami tak tolak kemungkinan bertanding di pilihan raya kecil Balakong,” kata Ahmad lagi sebelum beredar.

Kerusi DUN Balakong kosong susulan kematian Adun DAP, Ng Tien Chee yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Cheras. Pilihan raya kecil dijangka diadakan untuk kerusi itu dalam tempoh 60 hari lagi.

PRK Sungai Kandis menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Lokman Adam (BN), Zawawi Ahmad Mughni (PKR) dan calon bebas, Murthy Krishnasamy. Pengumuman rasmi dibuat oleh Pegawai Pengurus Zaharin Mohd Saad yang juga datuk bandar Shah Alam.

Ini adalah PRK pertama selepas PRU14 9 Mei lalu.

Pada PRU14 lalu, Shuhaimie Shafiei (PRK) meraih 23,998 undi untuk menang majoriti 12,480 undi. Kamaruzzaman (BN) pula meraih 11,518 undi, Mohd Yusof Abdullah (PAS) pula mendapat 7,573 undi. Hanafiah Husin (PSM) hanya mengumpul 76 undi daripada 50,800 undi kawasan itu.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong selepas kematian Shuhaimie pada 2 Julai lalu. – 21 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Parti Rakyat Malaysia has just confirmed their agenda is to oppose PH for the sake of opposing. That is all.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Roger 5201 · Ulasan

  • PRM....kalau nak tanding, tanding la...jangan beri alasan ini itu.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Philip chong · Ulasan