P Ramasamy perjelas tuduhan sokong LTTE


Looi Sue-Chern

ADALAH ironi apabila mengenangkan bagaimana Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II Dr P Ramasamy digambarkan sebagai penyokong pertubuhan pengganas Sri Lanka, Gerila Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE).

Tuduhan mengenai kaitan pemimpin DAP itu dengan kumpulan militan berkenaan bermula 15 tahun lalu semasa beliau menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, di mana beliau berbakti selama 26 tahun sebagai ahli akademik.

Ramasamy memiliki kepakaran dalam bidang politik ekonomi dan pengurusan konflik antarabangsa, maka ketika kerajaan Sri Lanka dan pemberontak Tamil menghadapi konflik, beliau dipanggil pada 2003, untuk membantu menyelesaikan perbalahan itu secara aman.

“Jawatankuasa hal ehwal perlembagaan dibentuk ketika itu. Ahlinya termasuk ahli akademik, individu daripada kumpulan sukarelawan dan ahli LTTE.

“Jawatankuasa itu ditugaskan untuk mencari penyelesaian bagi membawa konflik itu ke meja rundingan, tetapi presiden Sri Lanka menolak cadangan itu. Mereka memilih untuk berperang,” katanya kepada pemberita di Komtar, hari ini.

Ramasamy baru-baru ini dituduh mempunyai kaitan dengan LTTE. Tuduhan itu, yang terpapar dalam satu imej yang menunjukkan beliau seolah-olah “menyembah” senapang Kalashnikov yang menjadi simbol kumpulan bersenjata terbabit, tular di media sosial.  

Serangan terhadap timbalan ketua menteri selama tiga penggal itu susulan kenyataan yang dibuatnya sebelum ini berhubung keputusan kerajaan untuk tidak mengekstradisi penceramah Islam kelahiran India Zakir Naik ke India ekoran tuduhan terbabit dalam aktiviti berkaitan keganasan.– 20 Julai, 2018.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen