KERAJAAN Pulau Pinang berkata ia sudah menunaikan semua janji berkaitan perumahan, dua bulan selepas menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Dalam manifesto pilihan rayanya, kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) berjanji untuk membekalkan 75,361 rumah kos rendah, kos sederhana dan mampu milik; serta membina projek perumahan rakyat untuk disewakan.
Janji-janji ini, kata exco perumahan Jagdeep Singh Deo, sudah dilunaskan, sambil menambah yang kerajaan negeri sudah membina lebih rumah daripada apa yang dijanjikan.
Sebelum pilihan raya 9 Mei, 25,555 unit sudah dibina; dengan 19,828 unit lagi masih dalam pembinaan dan 29,978 unit sudah diluluskan untuk pembinaan.
Jumlah unit yang siap meningkat kepada 28,442; 22,065 masih dalam pembinaan dan 30,097 unit lagi akan dibina.
“Dengan keadaan semasa, Pulau Pinang akan membina sejumlah 80,604 rumah kos rendah, kos sederhana dan mampu milik,” katanya pada sidang media, hari ini.– 20 Julai, 2018.
Berita penuh di sini.
Komen