Polis bekerjasama dengan kedutaan di Malaysia dan China, kata KPN


Alfian Z.M. Tahir

Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata polis Malaysia sedang bekerjasama dengan kedutaan China di Kuala Lumpur juga kedutaan Malaysia di Beijing untuk mengetahui di manakah Low Taek Jho berada. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 20 Julai, 2018.

POLIS Malaysia sedang bekerjasama dengan kedutaan China di Kuala Lumpur juga kedutaan Malaysia di Beijing untuk mengetahui di manakah Low Taek Jho berada.

Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata demikian selepas terdapat laporan bahawa ahli perniagaan dari Pulau Pinang itu dikatakan ditahan di China semalam. Laporan itu bagaimanapun belum disahkan.

“Saya tak boleh sahkan mengenai tangkapan itu selepas berita keluar, sekarang ini kita sedang berhubung dengan kedutaan China di sini dan kedutaan kita di China.”

“Kita akan bertukar maklumat dan kita sudah memeriksa isu itu dengan China,” Fuzi memberitahu pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Fuzi berkata beliau tidak dapat mengesahkan laporan bahawa Jho Low sudah ditangkap di China.

“Saya tak boleh ulas, saya tak ada maklumat mengenainya,” kata Fuzi.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang ditanya mengenai laporan itu juga berkata beliau tiada maklumat apakah ahli perniagaan berasal dari Pulau Pinang itu sudah ditangkap.

Katanya, beliau hanya dapat tahu perkembangan terbaru itu daripada media. – 20 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen