Ahmad Maslan kata rakyat Malaysia menyesal pilih Pakatan


Kamles Kumar

Pakatan Harapan telah berjanji akan memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetapi sebaliknya digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Ahmad Maslan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 19 Julai, 2018.

RAKYAT Malaysia menyesal mengundi Pakatan Haraoan (PH) kerana melaksanakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), kata Ahmad Maslan.

Bekas timbalan menteri perdagangan dan industri itu berkata PH telah berjanji akan memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetapi sebaliknya digantikan dengan SST.

Saya kira rakyat menyesal. Pada saya rakyat fikir apabila GST sudah kosong (sifar), tidak ada lagi cukai kepenggunaan yang lain.

Tetapi apabila GST dah kosong, dinaikkan pulak SST 10 peratus. Saya rasa rakyat menyesal memilih mereka,” beliau memberitahu The Malaysian Insight hari ini. 

Ahmad adalah antara mereka yang dikritik teruk apabila GST mula dilaksanakan pada 2015.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata SST adalah cukai yang “regresif” yang akan menaikkan harga barangan apabila diperkenalkan pada 1 September nanti.

“SST adalah cukai regresif. Apa yang akan dilaksanakan pada 1 September nanti sudah tentu akan menaikkan harga barangan dan kos sara hidup,” kata beliau.

Ahmad juga berkata langkah yang diambil kerajaan itu adalah langkah populis kerana kerajaan Barisan Nasional dahulu beranggapan GST lebih telus dan cekap.  – 19 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen