Zahid gesa Pakatan kekalkan ‘legasi’ BN


Looi Sue-Chern

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata undang-undang pencegahan yang digubal ketika beliau menjadi menteri dalam negeri telah berjaya mengurangkan kadar jenayah, dan menggesa kerajaan Pakatan Harapan agar tidak memansuhkan dasar yang dibuat sebelum ini kerana mahu memusnahkan legasi Barisan Nasional (BN).– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Julai, 2018.

PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata undang-undang pencegahan yang digubal ketika beliau menjadi menteri dalam negeri telah berjaya mengurangkan kadar jenayah, dan menggesa kerajaan Pakatan Harapan agar tidak memansuhkan dasar yang dibuat sebelum ini hanya kerana mahu memusnahkan legasi Barisan Nasional (BN).

Zahid (BN-Bagan Datuk) yang juga merupakan ketua pembangkang berkata, gesaan kerajaan untuk mengkaji dan memansuhkan undang-undang seperti Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan 2015 (POTA), dan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) akan membahayakan keselamatan negara.

“Saya tidak mendabik dada tetapi terdapat bukti yang langkah-langkah tersebut berjaya. Ia ada dalam dokumen,” katanya semasa membahaskan usul menjunjung membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong hari ini.

“Keberkesanannya dapat dilihat melalui prestasi pasukan polis, Kementerian Dalam Negeri dan agensi keselamatan lain.”

Zahid berkata adalah tidak adil untuk menghentikan segala dasar dan menutup agensi yang ditubuhkan kerajaan BN sebelum ini.– 19 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen