RoS sahkan Kayveas kekal presiden myPPP


Noel Achariam

M Kayveas pada sidang media hari ini berkata beliau menerima surat RoS yang menjelaskan bahawa beliau kekal sebagai presiden myPPP. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 19 Julai, 2018.

M KAYVEAS kekal sebagai presiden myPPP, kata Pendaftar Pertubuhan (RoS) dalam satu surat bertarikh 10 Julai.

Kayveas hari ini berkata beliau menerima surat RoS yang menjelaskan tentang jawatannya itu.

“Siasatan yang dijalankan oleh RoS berkenaan kesahan jawatan saya sudah selesai. RoS memutuskan bahawa secara rasminya saya presiden.

“Jadi saya bukan bekas presiden atau pun disingkirkan daripada parti,” katanya di pejabat myPPP di Kg Attap, Kuala Lumpur hari ini.

Saga myPPP tercetus apabila bekas pemangku presiden Maglin D’Cruz dan Kayveas mengadakan mesyuarat berasingan dalam tempoh selang beberapa hari pada Mei.

Kavyeas berkata RoS mengeluarkan surat pada 18 Mei menyatakan beliau kekal sebagai presiden myPPP sehingga siasatan berkaitan isu parti selesai.

D’Cruz pula mendakwa beliau presiden berdasarkan kepada 1,250 perwakilan melantiknya sebagai presiden pada mesyuarat agung tahunan ke-64 parti itu.

Pada mesyuarat itu, ahli sebulat suara menerima penyingkiran Kayveas dan mengundi myPPP kekal dalam Barisan Nasional selepas PRU14.

Menurut Kayveas, apa sahaja tuduhan berkenaan dirinya adalah tidak benar.

“Ini keputusan RoS, dan tuduhan (terhadap saya) adalah tidak benar. RoS sudah buat keputusan, tapi mereka masih bantah.

“Inilah sifat manusia.”

Beliau berkata RoS juga memberi peluang kepada mereka untuk membentuk sebuah jawatankuasa sementara.

“Kita sudah ada 10 nama, dan ahli boleh calonkan mereka.” – 19 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen