Zahid beritahu Pakatan jangan berperangai macam pembangkang


Kamles Kumar

Ketua pembangkang, Ahmad Zahid Hamidi mengulas mengenai tindakan beberapa ahli Parlimen PH yang mencelah ucapannya. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 Julai, 2018.

PAKATAN Harapan (PH) perlu belajar berkelakuan seperti sebuah kerajaan dan bukannya seperti pembangkang, kata Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Ketua pembangkang itu berkata ahli-ahli Parlimen kerajaan perlu mempelajari mengenai Peraturan Mesyuarat dan tahu mengenai peraturan Parlimen, bukannya menyerang, seperti yang mereka lakukan semasa menjadi pembangkang dahulu.

“Saya rasa banyak yang mereka perlu belajar, terutamanya Peraturan Mesyuarat.

“Jangan terus mencelah kerana mereka bukan lagi pembangkang, mereka sekarang dalam kerajaan. Saya rasa mereka tak patut bertindak macam itu,” Zahid memberitahu pemberita di lobi Parlimen selepas berucap dalam perbahasan di Parlimen atas usul terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong.

Bekas timbalan perdana menteri yang juga presiden Umno itu mengulas mengenai tindakan beberapa ahli Parlimen PH yang mencelah ucapannya.

Antaranya ialah R.S.N Rayer (Jelutong) yang kerap mencelah ketika Zahid berucap mengenai 1MDB.

Sesi perbahasan tamat pada jam 5.30 petang tadi tanpa Zahid sempat menghabiskan ucapannya, dan akan bersambung esok. – 18 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen