Tukang emas Lubnan wujud, bukan bayangan syarikat lain, kata peguam 


Bede Hong

Empayar perniagaan Samer Halimeh memiliki cawangan di New York, London, Cannes dan Riyadh, Arab Saudi.– Gambar Youtube, 18 Julai, 2018

TUKANG emas Lubnan yang menyaman Rosmah Mansor untuk memulangkan barang kemas bernilai RM60 juta adalah ahli perniagaan yang sah dan memiliki premis di bawah namanya di StarHill Gallery di Kuala Lumpur.

Premis itu hanya berdekatan dengan tempat di mana pihak berkuasa Malaysia merampas lebih RM1.1 bilion wang tunai dan barang kemas yang berkaitan dengan bekas perdana menteri Najib Razak dua bulan lalu.

Global Royalty Trading SAL adalah sebahagian daripada empayar perniagaan Samer Halimeh yang memiliki cawangan di New York, London, Cannes dan Riyadh, Arab Saudi. Beliau dinamakan sebagai jurujual yang menghantar barang kemas kepada isteri Najib, Rosmah.

Tukang emas Lubnan, Global Royalty Trading SAL, adalah sah dan bukan bayangan syarikat lain, kata peguam David Gurupatham yang mewakili tukang emas itu yang kini menyaman Rosmah.

Gurupatham berkata, Samer dinamakan sebagai jurujual dalam pernyataan tuntutan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu.

“Tukang emas itu sangat terkenal,” kata Gurupatham dalam temubual bersama The Malaysian Insight dan menambah urus niaga tukang emas itu tidak bertindak di luar batas kebiasaannya.

“Maksud saya jika kamu lihat di media sosial. Beliau ada. Sama ada beliau gunakan cara sama untuk melakukan transaksi atau buat perjanjian. Itu normal. Jadi ia jelas bukan syarikat bayangan.

“Akhirnya, jelas ia bukan bayangan syarikat lain kerana kamu bercakap mengenai 44 barang kemas daripada 12,000 yang dirampas, ia seperti hanya setitik air di lautan,” katanya. 

Gurupatham berpendapat bahawa firma itu adalah wujud walaupun perkhidmatannya adalah kepada pelanggan yang lebih eksklusif.

“Tiada siapa yang mencari syarikat di Google, kamu faham maksud saya?”

“Supaya perspektifnya jelas, saya ke pusat membeli belah, dan tukang emas itu perlu ada dan ia mestilah terkenal. Jelas, ia adalah jenis perkhidmatan couture peribadi.

Dalam contoh ini, ia adalah jenis perkhidmatan couture peribadi dan apabila anda mempunyai personaliti yang menjual barangan jenis couture, barangan yang sangat eksklusif, mereka akan menggunakan wakil untuk transaksi. Kau tidak akan cari tukang emas biasa dengan nama yang biasa. Ia adalah sebuah syarikat dan ia syarikat yang terkenal.”

Tukang emas berkenaan menyaman Rosmah selepas 44 unit barangan kemas, termasuk kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara yang dihantar kepadanya pada Februari dirampas dalam serbuan kerajaan yang bermula pada 16 Mei.

Setiap satu barangan berkenaan bernilai antara AS$124,000 dan AS$925,000 dengan jumlah keseluruhan AS$14.8 juta (RM59.8 juta). – 18 Julai, 2018

Petikan penuh temu bual itu di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen