Pulau Pinang kaji caj terhadap pemaju untuk kurangkan harga rumah


Looi Sue-Chern

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Jagdeep Singh Deo berkata kerajaan negeri sedar mengenai kebimbangan pemaju berhubung yuran pembangunan, dan kini sedang meneliti perkara itu.– Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Julai, 2018.

KERAJAAN Pulau Pinang sedang mengkaji yuran pembangunan yang dikenakan kepada pemaju bagi mengelakkan pembeli rumah daripada menanggung kos yang tinggi.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Jagdeep Singh Deo berkata kerajaan negeri sedar mengenai kebimbangan pemaju berhubung yuran berkenaan, dan kini sedang meneliti perkara itu.

“Saya sudah memberitahu Rehda (Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan) Pulau Pinang yang kami sedang mengkaji dan menyemak kesemua caj berkenaan.

“Kami akan mengkaji secara menyeluruh, supaya kos itu tidak dipindahkan kepada pengguna,” katanya kepada The Malaysian Insight.– 16 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.  


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen