Dugaan hari pertama Mohamad Ariff sebagai speaker


Kamles Kumar

Hari pertama Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Speaker Dewan Rakyat terpalit dengan kontroversi, namun bekas hakim Mahkamah Rayuan itu kelihatan tenang menangani situasi itu.– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 16 Julai, 2018.

HARI pertama Mohamad Ariff Md Yusof sebagai Speaker Dewan Rakyat terpalit dengan kontroversi, namun bekas hakim Mahkamah Rayuan itu kelihatan tenang menangani situasi itu.

Acara angkat sumpah beliau kecoh apabila wakil rakyat pembangkang yang diketuai Presiden Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi bertindak keluar dewan.

Mereka mendakwa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak memberikan notis 14 hari kepada setiausaha Parlimen berhubung pencalonan Ariff.

Pembangkang berkata tindakan memboikot itu juga dibuat kerana Pakatan Harapan (PH) gagal menunaikan janji manifesto untuk tidak melantik speaker daripada kalangan ahli Parlimen.

Meskipun berlaku kekecohan di Dewan Rakyat, Arif kekal tenang dan mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat kesembilan.

Beliau turut sempat menyampaikan ucapan ringkas kepada wakil rakyat dan seterusnya menikmati makanan bersama Dr Mahathir dan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ketika ditemui wartawan selepas itu, beliau sempat menjawab beberapa soalan yang diajukan seperti berikut:

S: Akan ada pembaharuan dalam Parlimen?

J: Beri saya masa. Ini baru hari pertama saya. Namun sudah pasti pembaharuan ada dalam agenda. Saya perlu lihat apa yang telah diperbaharui setakat ini. Terdapat banyak (pembaharuan) jadi saya perlu teliti terlebih dahulu dan lihat sama ada ia boleh diperkembangkan.

S: Mengenai tindakan boikot, adakah tindakan akan diambil terhadap wakil rakyat pembangkang?

J: Saya tidak pasti tetapi saya fikir ia telah diselesaikan. Ini Malaysia baharu. Kami percaya kepada hak demokrasi dan kebebasan bersuara dan berekspresi.– 16 Julai, 2018.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen