Menteri kata pelantikan Ariff ikut peraturan Dewan


Yasmin Ramlan

Sebahagian wakil rakyat Pakatan Harapan yang menghadiri sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 16 Julai, 2018.

KERAJAAN mempertahankan pelantikan Mohammad Airff Yusoff sebagai speaker dibuat mengikut undang-undang.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata nama Ariff  dihantar kepada Setiausaha Dewan Rakyat Roosme Hamzah pada 2 Julai, dalam tempoh 14 hari sebelum sidang sesi kali ini bermula.

“Jadi tidak timbul soal tidak (PH) tidak mengikut peraturan Dewan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas tindakan wakil rakyat pembangkang yang keluar Dewan hari sebagai membantah pelantikan speaker baharu itu.

Kesemua ahli Parlimen pembangkang meninggalkan Dewan kecuali Khairy Jamaluddin (BN – Rembau), ketika Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pelantikan Ariff.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Umno Annuar Musa ketika sidang medianya memberitahu bahawa bekas speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia telah menyemak dan mengesahkan tiada nama yang dihantar. – 16 Julai, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • tindakan keluar dewan tidak sepatutnya terjadi, apa-apa pun diharapkan semua parti pembangkang dapat menerima keputusan yang telah dibuat

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Jessi Jane · Ulasan