AHLI Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan hari ini sebagai membantah pelantikan Yang Dipertua Mohammad Ariff Md Yusof yang didakwa tidak mengikut peraturan.
Menurut wakil rakyat berkenaan, pelantikan tersebut sepatutnya diumumkan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam tempoh 14 hari sebelum sesi Dewan Rakyat bermula.
Tindakan keluar Dewan itu dikepalai Takiyuddin Hassan (PAS – Kota Bharu) diikuti wakil pembangkang lain, selepas kekecohan kira-kira lima minit susulan bantahan itu.
Kesemua wakil rakyat pembangkang meninggalkan Dewan, kecuali Khairy Jamaluddin (BN – Rembau).
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang turut meninggalkan Dewan, seterusnya mengadakan sidang media di bangunan Parlimen.
Mereka meninggalkan Dewan tanpa menghiraukan Dr Mahathir yang sedang meneruskan ucapan pelantikan Ariff sebagai yang dipertua Dewan.
Menurut kerajaan pelantikan Ariff tidak dibuka untuk pengundian memandangkan beliau merupakan calon tunggal bagi jawatan tersebut. – 16 Julai, 2018.
MENYUSUL
Komen
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Amri Yahya · Ulasan
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Amri Yahya · Ulasan