Pekerja warga China di Kuantan bimbang, mahu pulang ke negara asal


Andrew Chin

Warga China yang bekerja di kilang Alliance Steel pulang dari kerja di Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP). Ramai warga China yang bekerja di sini berhasrat untuk kembali ke negara asal mereka. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 16 Julai, 2018

MEREKA datang untuk menjana pendapatan lebih baik kepada keluarga di kampung halaman. Ada di antara mereka bekerja untuk syarikat yang memberi pekerjaan kepada warga Malaysia malah turut membawa teknologi moden. 

Namun retorik daripada kerajaan Pakatan Harapan menjadikan warga China yang bekerja di projek sekitar Kuantan rasa tidak senang. Ramai yang mengatakan mereka enggan kembali bekerja di Malaysia selepas permit kerja mereka tamat tempoh. 

Keputusan kerajaan baharu untuk menangguhkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) mencetuskan kebimbangan kepada kebanyakan kontraktor dan pekerja yang terlibat dengan projek itu. 

Aada segelintir syarikat yang mula mengurangkan pekerja selepas Kementerian Kewangan mengarahkan untuk menangguhkan kerja-kerja projek berkenaan berikutan pentadbiran baharu mahu mengadakan rundingan semula perjanjian – yang dipercayai paling mahal di dunia. 

Mereka yang bekerja dengan kontraktor ECRL dihanra kembali ke China manakala mereka yang masih tinggal di Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP) kini bimbang dengan masa depan mereka di Malaysia. 

Chen Yi, 34 dari wilayah Sichuan, terfikir untuk kembali ke China bulan depan walaupun permit kerjanya hanya tamat pada November.

“Saya rasa kerajaan baharu ini tidak baik kepada kami. Rakan-rakan dan saya tidak merancang untuk tinggal lebih lama di sini, atau untuk merampas kerja daripada warga tempatan. 

“Kami akan balik ke China, kualiti hidup di sana tidak banyak berbeza dengan di sini. Namun di sana lebih tertekan, kami datang ke sini untuk cari pendapatan lebih agar keluarga dapat hidup dengan lebih baik,” kata Chen, yang bekerja dengan China MCC 19 Group. 

Pentadbiran PH berjanji untuk menyemak semula projek ECRL kerana mendakwa kosnya melambung tinggi dan boleh mencecah hingga RM81 bilion. 

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengkritik projek era Najib yang mempunyai syarat “pelik”, seperti pinjaman mesti di simpan di China daripada dikeluarkan di sini. 

Katanya, ia menimbulkan keraguan sama ada wang berkenaan digunakan untuk membayar semula hutang syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan membeli beberapa syarikat. 

Chen berkata pekerja MCC19 mengatakan ia bertentangan dengan kepercayaan popular, kontraktor China sebenarnya membawa teknologi canggih ke Malaysia.

Syarikatnya membawa teknologi pengeluaran baharu besi H-Beam dengan membina kilang pengeluaran H-beam pertamanya di Asia Tenggara di sini. 

Seorang lagi pekerja, Wan Rongcheng juga dari Sichuan berkata, terdapat satu lagi kepercayaan bahawa syarikat ini hanya menggaji pekerja warga China sahaja. 

Di kilangnya, nisbah pekerja warga China dengan warga Malaysia adalah 3 kepada 7 manakala nisbah kilang lain adalah 2 kepada 8. 

“Kita bawa teknologi terkini besi di sini, saya harap ia akan dikira sebagai sumbangan kepada Malaysia. Kami juga membawa peluang pekerjaan. Saya berharap warga tempatan tidak melihat kami sebagai musuh,” kata Wan. 

Walaupun suka tinggal di Malaysia, Wan fikir beliau tidak akan kembali lagi selepas permit kerjanya tamat. 

“Kita juga ikut perkembangan berita Malaysia, perdana menteri kamu (Dr Mahathir Mohamad) seperti tidak suka kepada China, dan lebih pro-Jepun. 

“Bukankah beliau mengatakan warga China telah merompak pekerjaan warga tempatan?” kata Wan. – 16 Julai, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • We love our country. If he said Tun's pro japan. Then, DS Najib ??

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Nor Azlin Abd Rashid · Ulasan

  • Perdana Menteri bukan tidak sukakan China tetapi lebih sayangkan rakyatnya. Perdana menteri kami yang terdahulu lebih sayangkan bininya.

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Aiman hairie · Ulasan

    • I like this comment.. thats true bro

      Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Muhammad Ridzal · Ulasan

  • Ini yg terbaik

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Jamilah Idris · Ulasan