POLIS Pulau Pinang sudah mengenal pasti suspek yang mencabul seorang pelayan sambilan pada 6 Julai .
Ketua Polis Daerah Timur Laut Penolong Pesuruhjaya Anuar Omar berkata kertas siasatan itu akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Isnin.
“Kami sudah mengumpul semua bukti dalam kes seperti pakaian. Hasil kawat cam adalah positif.
“Kenyataan daripada saksi, termasuk ahli keluarga mangsa diambil. Kami menganalisis rakaman CCTV juga,” katanya kepada media dalam mesej WhatsApp hari ini.
Awal pagi tadi, polis membebaskan suspek, pengerusi jawatankuasa keselamatan dan pembangunan kampung (JKKK) berusia 50 tahun di Paya Terubong atas jaminan polis.
Dia ditangkap pada hari Khamis selepas menyerahkan diri. Dia ditahan reman selama dua hari berakhir hari ini.
Bekas pembantu ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP dan bekas ahli majlis bandar raya Pulau Pinang itu didakwa mencabul mangsa di tempat letak kereta sebuah pusat hiburan di Lebuh Pantai, di mana pelayan itu bekerja.
Semalam, pelayan yang juga seorang pelajar kolej swasta itu memberitahu media suspek juga cuba membayarnya untuk menyelesaikan perkara itu secara senyap. – 15 Julai, 2017.
Komen