BARISAN Nasional (BN) tidak pernah menghubungi PKR untuk membentuk kerajaan campuran pada malam 9 Mei, kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.
“Ia tidak benar. Anda bukan orang pertama yang bertanya kepada saya soalan ini.
“Ia dibangkitkan dalam mesyuarat Pakatan Harapan (PH) pada Mei lepas. Dalam satu mesyuarat selepas pilihan raya, isu itu dibangkitkan di mana semua pemimpin kanan seperti Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Dr Mahathir Mohamad dan Lim Guan Eng hadir.
“Saya menjelaskan kepada mereka ini adalah gabungan kepercayaan dan penghormatan. Kami membentuk satu gabungan untuk bekerjasama dan berjanji kepada pengundi dan mereka sudah memutuskannya,” kata menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna di pejabatnya semalam.
Saifuddin berkata beliau gembira dapat menerangkan perkara sebenar mengenai isu ini.
“Saya gembira kerana ia dibangkitkan dalam mesyuarat PH dan memberi saya peluang untuk menjelaskannya.
“Untuk mengatakan terdapat usaha membentuk kerajaan (dengan BN), melibatkan PKR dan sebagai setiausaha agung yang saya sepatutnya tahu.
“Dan saya memberitahu majlis PH tiada siapa menghubungi saya atau pemimpin parti lain,” kata ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu itu.
Isu ini timbul selepas pilihan raya apabila presiden baru yang dipilih Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata kepada partinya BN boleh kembali berkuasa sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.
Semasa kempennya untuk menjadi presiden Umno, Zahid juga berkata PH akan tumbang dan hubungan baiknya dengan ramai pemimpin pakatan itu dapat membantu kepulangan BN.
Hubungan Anwar dan Saifuddin dengan Zahid juga dikatakan baik kerana ketiga-tiganya pernah menjadi ketua Pemuda Umno pada akhir 1990-an sebelum pemecatan Anwar daripada Umno.
Ketika Saifuddin meninggalkan parti itu untuk membentuk PKR, Zahid ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana menyokong Anwar.
Dalam wawancara pada Mei, Anwar juga mengatakan bekas perdana menteri dan pengerusi BN Najib Razak menelefonnya dua kali pada malam pilihan raya selepas BN kalah.
Ketua umum PKR itu berkata Najib meminta nasihat mengenai apa yang perlu dilakukan seterusnya. – 13 Julai, 2018.
Komen
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan
But remember to kick out Zakir Naik from this country. He's capable of rocking racial and religious stability
in the country. This man is a chameleon. Watch out.
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Ken destino · Ulasan