Pengguna terus berjimat, beri kesan sektor peruncitan


Noel Achariam

Kenaikan harga barangan runcit disebabkan ringgit yang lemah dan harga minyak lebih tinggi menjejaskan perbelanjaan pengguna. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Julai, 2017.

SEKTOR peruncitan di Malaysia mengalami penurunan sebanyak 1.2% dalam jualan pada suku pertama tahun ini, berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kerana pengguna terus berjimat ekoran ekonomi yang lemah.

Laporan terbaru Retail Group Malaysia susut sebagaimana tahun lepas sebanyak 4.4% dalam jualan runcit berikutan pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST), kata Pengarah Urusan Kumpulan Tan Hai Hsin.

“Kadar pertumbuhan suku tahunan yang buruk ini disebabkan jualan lemah Tahun Baru Cina pada Januari 2017. Pembeli berhati-hati dalam perbelanjaan mereka bagi barangan persediaan perayaan,” katanya.

Menurut Tan, faktor lain yang menjejaskan perbelanjaan pengguna adalah kenaikan harga barangan runcit disebabkan ringgit yang lemah dan harga minyak lebih tinggi.

“Harga purata pam bagi RON95 pada suku pertama 2017 adalah yang tertinggi sejak pelaksanaan sistem apungan pada Disember 2014.

“Pengguna lebih berhati-hati kerana mereka dibebani kos sara hidup yang tinggi,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Tan berkata Indeks Sentimen Pengguna meningkat kepada 76.6 pada suku terakhir, memetik Kajian Ekonomi Institus Malalaysia, tetapi masih berada di bawah tahap keyakinan 100 mata.

Beliau berkata selain subsektor Farmasi dan Barangan Peribadi, semua sub-sektor runcit mencatatkan penurunan dalam perniagaan runcit pada suku pertama 2017.

“Pusat membeli-belah merangkap subsektor pasar raya mengalami kadar pertumbuhan negatif sebanyak 3.7% pada suku pertama 2017, berbanding tempoh sama tahun lalu. Ini adalah penurunan suku ketiga berturut-turut,” katanya.

Laporan itu juga mengatakan subsektor pasar raya dan hypermarket melaporkan penurunan  lebih buruk daripada dijangkakan dengan penurunan 4.8% pada suku pertama bagi 2017. Hasil terbaru ini adalah paling teruk antara subsektor runcit.

Tan berkata selepas pemulihan kukuh bagi sebahagian besar 2016, perniagaan subsektor aksesori fesyen dan fesyen meningkat dengan kadar pertumbuhan -0.1%.

“Bagi tempoh 3 bulan pertama tahun ini, subsektor farmasi dan penjagaan peribadi melaporkan kadar pertumbuhan memberangsangkan sebanyak 3.7%, berbanding dengan suku yang sama tahun lalu,” katanya.

Tahun yang sukar

Tan berkata walaupun persatuan peruncit meramalkan peningkatan dalam jualan pada suku kedua 2017, keadaan dagangan terus sukar kepada peruncit sepanjang tahun.

Cabaran termasuk kos barangan lebih tinggi dan peningkatan kos operasi bagi peruncit.

“Pemulihan jualan runcit sangat bergantung kepada permintaan ekonomi luaran dan prestasi ringgit sepanjang tahun ini,” katanya.

Penasihat Persatuan Pusat Membeli-belah Malaysia H. C Chan berkata, industri pusat beli-belah terus berdepan cabaran lebihan ruang runcit dan pertumbuhan e-dagang.

“Terdapat lebihan penawaran ruang runcit di Lembah Klang dan orang semakin ramai membeli secara dalam talian. Ini mempengaruhi kategori perdagangan tertentu, apabila pengguna beralih kepada secara dalam talian. Bagaimanapun, F&B, aktiviti waktu senggang dan hiburan terus kukuh,” kata Chan kepada The Malaysian Insight. – 15 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen