Bekas duta Vatican City nafi enggan patuhi arahan pulang


Jason Santos

Bernard Dompok berkata, beliau sebaliknya meminta lebih banyak masa untuk menguruskan perjalanan kembali ke Malaysia.– Gambar Youtube, 12 Julai, 2018

BEKAS Duta Besar ke Vatican City Bernard Dompok menafikan dakwaan beliau enggan melepaskan jawatan dan ingkar arahan kerajaan Pakatan Harapan yang bertindak memanggilnya pulang. 

Dompok berkata, beliau sebaliknya meminta lebih banyak masa untuk menguruskan perjalanannya termasuk membuat panggilan hormat dan mengatur perjalanan. 

Menurut Dompok beliau hanya mempunyai masa lebih dua minggu untuk kembali ke Malaysia selepas menerima surat penamatan daripada Kementerian Luar Negeri pada 7  Jun. Beliau dimaklumkan untuk kembali ke Malaysia pada 30 Jun. 

“Kamu tahu banyak perkara yang perlu dilakukan,” kata Dompok kepada The Malaysian Insight di kediamannnya di Penampang, Sabah, sehari selepas beliau kembali.

“Saya menulis surat kepada Kementerian Luar pada 8 Jun, kerana saya tidak mahu meninggalkan Rom dalam keadaan tergesa-gesa. Saya mahu tinggalkan dengan baik. Kamu tidak boleh lakukan semuanya kalau diminta balik pada akhir bulan. 

Bagaimanapun, pada 14 Jun beliau memutuskan untuk menarik balik permohonan untuk penangguhan kerana enggan “membebankan Setiausaha Tetap kementerian”.

Katanya beliau merancang utnuk mengadakan pertemuan dengan kedutaan negara lain sebelum kembali ke Malaysia, dan menambah permintaan itu ditangguhkan kerana masalah logistik. 

“Sebab saya memohon penangguhan daripada Wisma Putra adalah kerana ia merupakan waktu perjalanan puncak dan tidak mudah untuk mendapatkan tiket untuk pulang.

“Untuk tarikh terdekat yang kita dapat tempah adalah pada 6 Julai dan Kementerian Luar Negeri memaklumkan tiada lagi tugas rasmi selepas 30 Jun dan saya kata ok,” katanya. 

Bagaimanapun, Dompok berkata beliau cukup bertuah kerana dapat mengucapkan selamat tinggal kepada Pope Francis walaupun ia hanya singkat kerana panggilan hormatnya kepada pemimpin Vatican itu bertembung dengan diplomat dari Jerman yang juga akan meninggalkan negara itu. 

Katanya beliau gembira kerana dapat mengatur satu majlis jamuan kecil pada 27 Jun dan menjemput mereka yang beliau kenali ketika tinggal di Rom. 

Dompok dilantik menjadi Duta Besar Malaysia ke Holy See pada 2016, bersama duta ke Finland Blanche O’Leary, dilaporkan enggan mematuhi arahan penamatan awal daripada kerajaan PH. 

Mereka berama dua lagi duta besar, dilaporkan sebagai lantikan politik dan akan ditukarkan dengan duta yang berkelayakan.– 12 Julai, 2018


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Shameless

    Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh David Lim · Ulasan