CHAN Foong Hin, yang pertama kali menjadi ahli Parlimen terkenal di kalangan rakyat Sabah kerana lantang ketika berbahas semasa beliau menjadi ahli Dewan Undangan Negeri (adun) Sri Tanjong.
Tiada siapa yang terkecuali, termasuklah bekas menteri Maximus Ongkili serta beberapa pemimpin Warisan, Chan tidak ragu-ragu dan berani apabila berbahas dengan adun-adun lain.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Chan bertanding bagi kerusi Parlimen Kota Kinabalu dan menang. Beliau buat pertama kali akan menyertai persidangan Dewan Rakyat minggu depan.
“Parti berpendapat banyak yang saya boleh lakukan di Parlimen,” katanya secara ringkas ketika ditemu bual The Malaysian Insight.
Beliau berkata akan membawa dua isu yang dipercayainya merupakan masalah utama di kawasannya iaitu masalah kesesakan lalu lintas dan harga rumah yang tinggi.
Statistik daripada dewan Bandaraya mendedahkan bahawa jumlah kenderaan yang keluar masuk Kota Kinabalu naik mendadak daripada 77,000 ke 140,000 pada 2016.
Masalah ini sebahagian besarnya disebabkan oleh kemampuan membeli kereta dan pengangkutan awam yang tidak cekap, kata Chan.
Satu lagi is penting yang perlu diambil perhatian ialah kenaikan harga rumah di Kota Kinabalu, di mana ada pangsapuri yang mencecah RM1 juta, yang sudah pasti tidak mampu dibeli oleh golongan berpendapatan sederhana.
Menurut Chan, rancangan untuk membina lebih banyak rumah mampu milik perlu dilakukan di kawasan pinggir bandar dan kerajaan harus mencari jalan untuk mengurangkan penduduk berhijrah ke bandar.
“Ini bermakna peluang pekerjaan mesti dilakukan di daerah terbabit sebelum lebih ramai berhijrah ke bandar,” katanya.
Satu lagi isu yang amat dekat di hati ahli parlimen Kota Kinabalu ini ialah pengembalian semula hak Sabah.
Di bawah menifesto Perjanjian Baru Pakatan Harapan, Sabah akan diberi semula hak negeri, kenaikan royalti minyak dari 5% ke 20% dan 50% daripada hasil negeri yang dikutip kerajaan Persekutuan akan diberi semula kepada kerajaan negeri.
“Saya berharap perjanjian baru kepada Sabah akan dilaksanakan. Saya juga mahu pembahagian kuasa yang lebih bermakna dan pengagihan telus kuasa Persekutuan dikembalikan kepada negeri,” katanya.
Chan berkata status rakan kongsi Sabah dalam Persektuan sudah lama diabaikan dan beliau tidak mahu isu berkenaan terus dipergunakan untuk meraih undi.
“Ini bukan salah Tun Dr Mahathir Mohamad atau Najib Razak… ini mengenai Persekutuan yang diberi kuasa da dominasi yang terlalu banyak,” katanya. – 10 Julai, 2018.
Komen
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan