Tiada tempoh masa ditetapkan untuk bawa pulang tentera dari Arab Saudi


Sheridan Mahavera

Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata Kabinet sudah membuat keputusan yang tentera Malaysia hanya akan terlibat dalam operasi ketenteraan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).– Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Julai, 2018.

TIADA tempoh masa ditetapkan untuk tentera Malaysia yang ditempatkan di Arab Saudi untuk dibawa pulang ke tanah air susulan keputusan kerajaan baharu untuk memanggil mereka semula.

Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata Kabinet sudah membuat keputusan yang tentera Malaysia hanya akan terlibat dalam operasi ketenteraan di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Kami akan mengkaji semula penempatan tentera kita di sana dan kami mengulangi pendirian lama bahawa kita tidak akan terlibat dalam aktiviti antarabangsa kecuali di bawah PBB,” kata Saifuddin kepada pemberita di Shah Alam.

Beliau enggan mendedahkan mengenai tarikh mereka akan dibawa pulang ke tanah air dan jumlah anggota tentera yang ditempatkan di negara Timur Tengah itu.– 9 Julai, 2018.  

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen