Mukhriz fail permohonan kaitkan Najib hina mahkamah


Yasmin Ramlan Asila Jalil

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Mukhriz Mahathir di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 13 Julai, 2017.

MUKHRIZ Mahathir hari ini membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mengaitkan Najib Razak sebagai menghina mahkamah selepas perdana menteri itu enggan memohon maaf selepas mendakwa Dr Mahathir Mohamad merancang untuk menjadikan anaknya itu sebagai perdana menteri.

Peguam Haniff Khatri Abdullah yang mewakili timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) itu berkata permohonan itu difailkan hari ini selepas tempoh permohonan maaf tamat 1 petang semalam.

“Sudah lebih 48 jam. Tarikh akhirnya 1 petang semalam,” kata Haniff di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Ahmad Zaidi Ibrahim, menambah surat tuntutan sudah dihantar ke Pejabat Perdana Menteri pada Isnin.

Mukhriz sebelum ini memfailkan saman fitnah terhadap setiausaha akhbar Najib, Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad kerana membuat tuduhan sama.

Hakim berkata mahkamah akan memberikan tarikh yang sesuai secepat mungkin memandangkan saman itu difailkan pagi ini.

Najib mengeluarkan kenyataan menuduh Dr Mahathir sanggup melakukan apa saja, antaranya manipulasi, sabotaj dan berbaik dengan musuh untuk memastikan Mukhriz yang juga bekas menteri besar Kedah menjadi perdana menteri.

“Dia taksub dengan menyelamatkan warisan keluarganya dan menjadikan anaknya Mukhriz perdana menteri,” kata Najib.

Mukhriz berkata ia “sangat menjijikkan” apabila lelaki yang memegang jawatan tertinggi di Malaysia akan “merendahkan martabat” dan mengambil “langkah terdesak” sedemikian.

Mukhriz juga memfailkan saman terhadap Tengku Sharifuddin berhubung dakwaan sama.

Bagaimanapun, hakim berkata tarikh berbeza akan ditetapkan dan prosiding yang sedang berlangsung di antara beliau dan Tengku Sharifuddin diteruskan hari ini. – 13 Julai, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen