ISU kerakyatan harus dilihat sebagai masalah negara kerana ia bukan sahaja memberi kesan kepada masyarakat India namun semua kaum, kata Charles Santiago.
Wakil rakyat DAP itu berkata 668 kes yang direkodkan menunjukkan semua kaum terkesan dengan isu itu dan bukannya masyarakat India sahaja.
“Ada pandangan yang mengatakan isu kerakyatan adalah masalah yang dihadapi kaum India sahaja.
“(Tetapi) ia sebenarnya masalah negara yang melibatkan orang Melayu, Cina, India, walaupun punca masalah itu berbeza,” katanya ketika ditemui di pusat khidmatnya di Klang hari ini.
Ahli Parlimen Klang itu berkata kaum India menghadapi masalah kerakyatan bergenerasi, sementara masyarakat Cina pula membabitkan pengambil anak angkat yang tidak melalui proses perundangan yang sewajarnya atau berkahwin dengan warga asing.
Sementara itu, kanak-kanak yang ditinggalkan atau lahir luar nikah, adalah antara masalah yang dihadapi oleh orang Melayu, kata Charles.
Daripada 668 kes, 40.7% terdiri daripada orang Cina, diikuti India (31.3%), Melayu (7.2%) dan lain-lain (20.8%).– 8 Julai, 2018.
Berita penuh di sini.
Komen
Dimuat naik 7 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan