SATU dekad pertama bandaraya George Town diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia (WHS) Unesco menyaksikan pembaikpulihan bangunan dan konservasi, peningkatan sektor pelancongan dan pertumbuhan hotel dan kafe.
Perubahan itu amat dialu-alukan tetapi bukan tanpa kritikan oleh segelintir pihak yang mengatakan pembaikpulihan bangunan tidak mencapai standard, manakala ada yang merasakan gentrifikasi menyebabkan penduduk lama George Town dan peniaga dipinggirkan oleh perniagaan berasaskan pelancongan yang menjana pendapatan tinggi.
Ikut Rancangan Kawasan Khas
Mark Lay dari George Town Heritage Action (GTHA) berkata pihak berkuasa warisan hanya perlu mengikut Rancangan Kawasan Khas (SAP) George Town, yang memberi panduan serta mengawal pembangunan dalam WHS, untuk meningkatkan kesedaran kerana bandar itu terus maju ke hadapan.
“Ambil langkah dan laksanakan strategi serta pengesyoran, seperti bahagian kediaman rumah untuk kekalkan bahagian zon warisan untuk perumahan,” katanya kepada The Malaysian Insight.
“Mengelakkan rumah ini menjadi unit komersil dan menangani spekulasi adalah bagus.
“Pemilik bangunan sama ada perlu menyewakan premis sebagai tempat tinggal pada harga yang berpatutan atau tutup sahaja unit itu.”
SAP, yang menyatakan ancaman pemindahan dan kehilangan populasi penduduk di WHS, menyatakan populasi semakn menurun sebanyak 30% sejak tahun 2000.
Berdasarkaan data penggunaan tanah pada 2010, komponen penduduk hanya 21 hektar (13.9%) dalam WHS, menurun pada 12.1% dari tahun 2000.
Kaji selidik yang dijalankan oleh Think City, sebuah organisasi berkaitan kerajaan yang bertanggungjawab untuk pemilihan bandar dan ditugaskan untuk memperbaharui George Town, mendapati populasi penduduk di bandar raya itu berkurangan kepada kurang 10,000 anatara 2009 dan 2013 selepas disenaraikan oleh Unesco.
Menambah penduduk George Town
Datuk Bandar Pulau Pinang Yew Tung Seang berkata pihak berkuasa komited dalam menambahkan populasi penduduk di bandar raya itu, bersama pihak majlis dengan projek untuk mencari apa yang membuatkan masyarakat mahu tinggal di bandar.
“Bandar raya itu sendiri perlu hidup. Kita perlu lebih banyak ruang awam dan taman; lorong belakang yang boleh diakses oleh pejalan kaki atau penunggang basikal; serta kebersihan yang lebih baik,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Pihak majlis juga pernah bercakap dengan pemilik bangunan warisan mengenai ROI (pulangan pelaburan) menyewakan ruang bangunan mereka sebagai rumah mikro, kata Yew.
“Rumah kedai zaman pra-perang adalah kedai tingkat bawah secara tradisionalnya dan rumah di tingkat atas. Tingkat bawah lebuh bernilai. Tingkat atas boleh digunakan sebagai rumah mikro.
“Jika kamu ubah suai tingkat atas, kamu boleh tawaran mereka rumah mikro pada harga sewaan yang menarik kepada pelajar dan orang yang bekerja di bandar,” katanya. – 7 Julai, 2018
Komen