Pelaburan syarikat bukti keyakinan walau kerajaan berubah, kata Guan Eng


Looi Sue-Chern

Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada majlis pelancaran Integrated Cold Chain Logistics Sdn Bhd's (ICCL) di Bukit Minyak, Pulau Pinang pagi ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh David ST Loh, 7 Julai, 2018.

SYARIKAT baru mengembangkan operasinya di Malaysia menjadi bukti yang komuniti peniagaan tetap yakin dengan ekonomi negara walaupun berlaku perubahan dalam kerajaan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Syarikat akan terus berkembang dan melabur. Ini adalah bukti walaupun kerajaan berubah, terdapat keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Lim bercakap pada pelancaran Integrated Cold Chain Logistics Sdn Bhd’s (ICCL) di Bukit Minyak, Pulau Pinang pagi ini.

ICCL, penyedia halal terbesar di Malaysia yang menyedia perkhidmatan halal terbesar perkhidmatan pengedaran dengan kawalan suhu, melaburkan RM51 juta di pusat logistik baru yang menggunakan sistem penyimpanan dan dapatan automatik untuk operasinya.

“Kami gembira melihat pelaburan RM51 juta ini ... kami mengalu-alukan syarikat kerana mempunyai keberanian untuk bercita-cita besar untuk berjaya.

“Ia seperti kita. Kita tidak pernah putus asa terhadap impian mengubah Malaysia. Hari ini kita mempunyai Malaysia baru,” kata Lim, merujuk kepada kemenangan bersejarah Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya 9 Mei.

Dalam ucapannya, bekas ketua menteri Pulau Pinang itu berkata peranannya dalam Malaysia baru berubah tetapi tumpuan PH tetap sama.

Beliau berkata kerajaan persekutuan baru akan memastikan rakyat dan sektor swasta diberikan peluang yang sama untuk berjaya dalam persekitaran tanpa rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa; dan di mana kerajaan sebagai rakan kongsi.

“Kita tidak akan melihat orang seperti Jho Low wujud di Malaysia baru,” katanya, merujuk kepada ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang, Low Taek Jho, yang dituduh menjadi dalang skandal 1Malaysia Development Berhad, di mana berbilion ringgit dicuri daripada firma pelaburan negara itu.

“Kami adalah kerajaan yang menekankan ketelusan dan akauntabiliti.

“Kami tahu kadangkala kebenaran membuat beberapa orang tidak selesa tetapi dalam jangka panjang, ia lebih baik daripada berbohong… jika anda bercakap benar, orang akan mempercayai anda untuk masa yang lama.” – 7 Julai, 2018.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen