Politik dalam pemeliharaan warisan George Town


Looi Sue-Chern

Sia Boey, yang begitu dekat dengan zon penampan warisan Unesco kini sedang dimajukan. Ia sebelum ini ditanda sebagai hab pengangkutan sehinggalah ahli arkeologi menemui artifak, terusan lama dan asas bangunan lama. – Gambar fail The Malaysian Insight, – 7 Julai, 2018.

WUJUD politik dalam memelihara warisan, dan George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) sedang berdepan depannya di bandar yang mendapat pengiktirafan Unesco di Pulau Pinang.

Badan itu ditubuhkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang pada 2010 untuk melindungi, mempromosi dan memelihara George Town sebagai bandar warisan yang mapan, sering dikecam kerana pengubahsuaian bangunan warisan secara haram dan kebimbangan yang bandar itu akan hilang jiwanya.

Kumpulan pemantau George Town Heritage Action (GTHA) baru-baru ini menuduh GTWHI melakukan penggalian di Pasar Sia Boey dan Terusan Prangin tanpa kelulusan Jabatan Warisan Negara.

Ia pergeseran terbaru antara dua badan itu berhubung tapak kontroversi berkenaan ketika George Town bersedia untuk menyambut ulang tahun ke-10 sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco pada 7 Julai.

Penggalian secara haram

Pada penghujung Mei, jurucakap GTHA Mark Lay mengambil gambar aktiviti yang didakwa haram dan staf GTWHI di Sia Boey memuat naiknya di Facebook. Isu itu kemudian mendapat perhatian.

Penjelasan GTWHI ialah ia hanya menggali lumpur dan kotoran keluar dari terusan berkenaan, mana tahu akan terjumpa objek bersejarah dan ada nilai budaya.

Beliau memberitahu The Malaysian Insight bahawa beliau mendapat maklumat berkenaan “penggalian haram” itu oleh seseorang di pihak berkuasa tempatan, yang tidak boleh mendedahkannya.

“Ia mencari objek sebagai kesan daripada penggalian itu. Sebarang penggalian untuk mencari objek warisan perlu ada lesen daripada pesuruhjaya warisan.

“Anda perlu ada arkeologi bertauliah dan perlu membuat pembentangan kepada Jabatan Warisan Negara. Kami tidak puas hati kerana kerja mereka dibuat tanpa mengikut peraturan.

“Jika GTWHI yang menguruskan tapak itu tidak mengikut peraturan, bolehkah kita harapkan pemilik bangunan warisan juga patuh peraturan?,” kata Lay.

Sia Boey, yang begitu dekat dengan zon penampan warisan Unesco kini sedang dimajukan. Ia sebelum ini ditanda sebagai hab pengangkutan sehinggalah ahli arkeologi menemui artifak, terusan lama dan asas bangunan dipercayai balai polis atau berek lama. – 7 Julai, 2018.

Baca berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen