SEJAK mendapat status Tapak Warisan Dunia Unesco pada 7 Julai, 2008, warisan George Town fokus kepada perkembangan pesat sektor pelancongan di Pulau Pinang.
Sebagai bekas penempatan British, George Town mendapat status Unesco itu kerana “nilai universal yang menonjol” (OUV) budaya yang menyerlah dan tidak menyerlah, hasil daripada pertukaran budaya dan perdagangan selama lebih 500 tahun antara Timur dan Barat.
Setahun sebelum inskripsi itu, kunjungan pelancong seramai 5.2 juta, tetapi melonjak 21% kepada 6.3 juta pada 2008. Tahun lalu, kerajaan negeri menganggarkan kira-kira 7 juta pelawat tiba menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Sebagai destinasi pelancong, bandar warisan itu menerima pujian di Google Reviews kerana seni binanya, seni jalanan, makanan, keharmonian kepelbagaian kaum dan budaya, selain menjadi pelancongan yang hebat untuk swafoto.
Potensi pelancongan yang besar mendorong beberapa pemilik bangunan yang kaya dan pelabur untuk mengeluarkan wang dalam memulihara dan membaik pulih banyak bangunan pra perang dalam zon 250 hektar di kawasan warisan dan di pinggirnya.
Chan So Han, 85, menjadi penduduk George Town sejak 1948 selepas datang dari Guangdong kerana melarikan diri daripada peperangan.
Bercakap dalam bahasa Kantonis, Chan berkata Pulau Pinang berkembang pesat, dan ia bagus untuk rakyatnya.
“Keadaan berbeza sekarang, dan menjadi lebih baik. Bandar ini dijaga. Hidup juga lebih baik. Keadaan aman, dan semua orang bergaul mesra.
“Saya percaya masa depan akan jadi lebih baik,” katanya yang sebelum ini menjadi penjual teh herba dan tinggal di Lebuh Kimberley. – 7 Julai, 2018.
Baca berita penuh di sini.
Komen