MENTERI Kerja Raya yang baharu, Baru Bian berkata beliau akan memfokuskan kepada infrastruktur awam, sekolah, hospital dan projek bekalan air di luar Sabah dan Sarawak.
Ahli Parlimen PKR Sarawak itu juga berkata beliau masih menerima taklimat berhubung tugas kementerian dan projek di seluruh negara.
Katanya kementerian akan melihat kepada negeri yang memerlukan perhatian dalam pembangunan itu, selain Sabah dan Sarawak
“Saya dari Sarawak. Saya tahu situasi di sana, tetapi kita juga melihat beberapa negeri di semenanjung.
“Semalam, saya ada perbincangan di Pulau Pinang, di mana saya bertemu dengan ketua menteri dan exco. Dua projek diajukan kepada saya untuk perhatian kementerian.
“Penambahbaikan di hospital Pulau Pinang dan Seberang Jaya tertangguh. Saya akan bangkitkan kepada kerajaan persekutuan,” katanya pada sidang media yang diadakan di Pulau Pinang selepas merasmikan jejambat yang menghubungkan Batu Maung dan Jalan Sultan Azlan Shah.
“Ini yang saya mahu tekankan..terutamanya jika projek membabitkan infrastruktur, hospital, sekolah dan bekalan air,” katanya.
Baru berkata dengan bekalan air, beliau maksudkan bekalan air terawat, yang merupakan isu utama di Sabah dan Sarawak.
Katanya, beliau diberi taklimat berhubug projek yang perlu disemak semula, namun beliau memberi keutamaan kepada projek kritikal yang menjejaskan orang ramai.
Baru tidak memberi contoh spesifik apabila ditanya sekiranya kementerian di bawah kerajaan Pakatan Harapan, akan menyemak semula projek yang telah iluluskan oleh kerajaan sebelum ini.
“Ada sesetengahnya yang sudah diluluskan, dengan projek dianugerahlan dan kontrak ditandatangani. Jika terdapat sebarang aduan, kementerian boleh campur tangan,” katanya.
Baru bagaimanapun enggan mengulas berhubung projek terowong bawah laut dan jambatan ketiga yang dicadangkan oleh kontraktor terowong Consortium Zenith Construction Sdn Bhd.
Awal minggu lalu, CZC berkata ia menjalankan kajian berhubung cadangan jambatan ketiga sebagai alternatif kepada terowong yang menghubungkan Butterworth dan Persiaran Gurney di pulau.
Bari berkata beliau masih belum diberi taklimat berhubung perkara itu, manakala exco kerja raya Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata kerajaan negeri dan menteri baharu tidak berpeluang memincangkan perkara itu pada lawatan pertamanya sejak dilantik pada Isnin.
“Kita bangkitkan beberapa projek kritikal kepada kementerian, seperti penambahbaikan hospital yang tertangguh dan isu tanah runtuh.
“Kita masih belum ada masa untuk membincangkan perkara itu. Terowong merupakan projek kerajaan negeri. dan bukan skop kementerian,” kata Zairil. – 6 Julai, 2018
Komen