CERMIN kereta Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Maria Chin Abdullah dilempar objek keras ketika beliau memandu di Lebuhraya Persekutuan petang ini.
Maria berkata beliau tidak dapat melihat siapa yang membalingnya kerana tiba-tiba bunyi kuat kedengaran dan mendapati cermin keretanya pecah.
“Ia berlaku terlalu pantas, tingkap pemandu pecah semasa kereta sedang bergerak,” kata Maria kepada The Malaysian Insight.
“Saya tak pasti sama ada ia berunsur politik atau tidak.”
Maria berkata, semasa kejadian beliau sedang memandu ke pejabat Bersih untuk menghadiri mesyuarat.

“Saya harap ia hanya kemalangan biasa, tetapi tidak kelihatan seperti itu kerana tiada lori yang membawa pasir atau batu berhampiran saya,” katanya.
Disebabkan itu, Maria membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri dan keluarganya di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya malam ini. – 11 Julai, 2017.
Komen