PENDAKWAH kontroversi Dr Zakir Naik tidak akan dihantar pulang selagi beliau tidak mencetuskan sebarang masalah di Malaysia, kata Dr Mahathir Mohamad.
Perdana menteri berkata demikian mengulas berkenaan warganegara India itu susulan beberapa laporan berita dari India menyatakan Zakir akan dihantar pulang untuk berdepan pertuduhan menyokong keganasan yang dikenakan terhadapnya.
Dr Mahathir berkata memandangkan pendakwah itu mempunyai taraf penduduk tetap Malaysia, beliau akan dibenarkan untuk tinggal di ini.
“Selagi beliau tidak menimbulkan sebarang masalah kami tidak akan menghantarnya pulan. Beliau diberikan taraf penduduk tempat,” kata Dr Mahathir pada sidang akhbar hari ini.
kelmarin, The Malaysian Insight memetik laporan NDTV, sebuah stesen televisyen di India, yang mengesahkan dengan seorang pegawai polis di Bukit Aman, Zakir akan dihantar pulang ke India malam kelmarin.
Laporan NDTV itu kemudian dinafikan oleh ketua polis negara. Zakir melalui IRF turut mengeluarkan kenyataan, menyifatkan laporan NDTV itu sebagai “tidak berasas dan palsu”.
Zakir adalah orang buruan di India kerana ucapannya yang didakwa menghasut sehingga mencetuskan serangan ganas di Dhaka, Bangladesh pada 2016.
Beliau meninggalkan India pada 2016 dan bermastautin di Putrajaya sejak itu, walaupun ada bantahan daripada masyarakat India di Malaysia. Selain status penduduk tetap di Malaysia, beliau juga memiliki status yang sama di Arab Saudi. – 6 Julai, 2018.
Komen